Tuesday, October 20, 2009

KURSUS ASAS LUKISAN AUTOCAD

Nama Kursus : KURSUS ASAS LUKISAN AUTOCAD
Tempat : Bilik Seminar, SMK Air Tawar
Tarikh : 20 Oktober 2009

Gambar peserta kursus







Monday, July 6, 2009

LATIHAN ISOMETRI

Arahan:

Lukis semula objek dibawah dengan ukuran penuh.
Seterusnya, lukiskan unjuran ortografik pandangan sudut ke 3 bagi setiap objek tersebut
(anggapkan 1 kotak = 10mm)

LATIHAN ELIPS DAN PARABOLA

Binakan sebuah kotak isometri, lukiskan elips pada bahagian atas, sisi kanan dan sisi kiri kotak tersebut. Diberi sisi kotak tersebut ialah 60mm

Dengan menggunakan kaedah bulatan sepusat, lukis sebuah elip dengan paksi major= 90m dan paksi minor = 60mm

Lukiskan parabola dengan kaedah segirmpat tepat di mana paksi mahor = 80mm dan laksi minor = 55mm

Wednesday, June 24, 2009

SUKATAN PELAJARAN

SUKATAN LUKISAN
LATIHAN GEOMETRI

1. Binakan satu segitiga bersudut tepat ABC berikut:

AB = 70 mm
BC = 50 mm
Sudut ABC = 60ยบ


2. Lukiskan poligon berikut:

a. Segiempat sama dengan pepenjuru 60 mm

b. Pentagon sekata dengan sisi 40 mm

c. Heksagon sekata dengan jarak antara rata 60 mm


Sila hantar minggu depan dengan kotak tajuk yang lengkap
29/6/09 (3KPLSPM RBT1)
2/7/2009 (3KPLSPM RBT2)
Sesiapa dah siap awal boleh hantar ke meja saya sebelum tarikh dinyatakan

Thursday, April 16, 2009




Tuesday, October 28, 2008

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

Thursday, September 11, 2008

SOALAN LATIHAN

Lukis semula rajah di bawah dalam bentuk:

a) unjuran ortografik
b) lukisan isometrik
c) lukisan oblik kavalier








Tuesday, September 9, 2008

RBT1

Sunday, August 17, 2008

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Friday, August 8, 2008

DIMENSI DALAM ISOMETRI

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Insya Allah minggu ni saya ada.
Tugasan minggu lepas akan dilihat minggu ini.


Bagaimana dengan membuat dimensi?
Di sini saya ada video presentation cara membuat dimensi.
Langkahnya mudah dan senang diikuti.

Dari dimension, align, oblique -30, text 30
klik sini

Monday, August 4, 2008

ISL - LUKISAN ISOMETRI

Assalamualaikum dan salam perpaduan

TUGASAN MINGGU INI...

Binakan lukisan isometri dalam bentuk autoCAD dari latihan lukisan kejuruteraan yang diberi secara manual oleh Tn Hj Radin dan dimensikan.
(Hj Radin memaklumkan pada saya terdapat latihan yang diberi)

Setkan
LIMITS kepada kertas A3
SNAP - 10
GRID - 10

LAYER
OBJEK - HIJAU
BINAAN - KUNING - 0.05
TENGAH - MERAH - 0.05 - CENTER
TERSEMBUNYI - MAGENTA - 0.05 - HIDDEN
DIMENSI - BIRU - 0.05



Cara menukar paparan Cartesian ke Isometri

Command : SNAP - perlu ditaip bukan klik
Specify snap spacing or [ON/OFF/Aspect/Rotate/Style/Type] <10.0000>: Style
Enter snap grid style [Standard/Isometric] : I
Specify snap spacing or [Aspect] <10.0000>:10

LUKISAN AKAN DISEMAK PADA PERJUMPAAN AKAN DATANG.
Segala masalah sila mel atau YM saya.

SEKIAN, TERIMA KASIH



Saturday, July 26, 2008

ARAHAN SUNTINGAN

Suntingan adalah proses memudahkan pengaturcara membentuk lukisan yang dikehendaki dari lukisan asas.
Antara suntingan yang terdapat dalam pelajaran ini boleh diperolehi dari pull down menu modify :


Latihan

Buat latihan suntingan di atas. Bacaan seterusnya KLIK SINI

Monday, June 16, 2008

PENGENALAN

AutoCAD merupakan satu jenis perisian grafik yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai bidang lukisan samada dalam bentuk dua dimensi atau 3 dimensi. Ia boleh digunakan dalam bidang industri pembuatan, animasi dan reka bentuk.

Ada bacaan tentang penigasegian. klik sini

1. TEKNOLOGI KIMPALAN (823)

Keselamatan am, alatan tangan, bagi kerja fabrikasi logam, pengenalan kepada kimpalan, sambungan asas dalam kimpalan, kelengkapan dan aksesori kimpalan oksi-asitelina, amalan kimpalan gas, kelengkapan dan aksesori kimpalan arka, amalan kimpalan arka, pengujian kimpalan, meloyang dan kimpal loyang, metalurgi dan kimpalan arka gas lengai.


2. AMALI KIMPALAN (GAS DAN ARKA)
Mengimpal sambungan asas dalam kimpalan seperti kimpalan temu, sambungan lepak, sambungan bebibir dan sambungan sudut dalam kedudukan rata, tegak dan melintang.
Membentuk projek seperti bracket paip, troli, pengaut, penyokong kereta, kekaki serbaguna dan lain-lain.



3. LUKISAN TEKNIK (825)

a) geometri
b) kimpalan
- pengorakan bola dengan kaedah :-
i) garisan selari
ii) garisan jejari
iii) penyegitigaan






Keratan
Keratan digunakan untuk melihat bahagian yang tidak kelihatan dalam lukisan ortografik. Kadang-kala terlalu banyak garisan tersembunyi mengelirukan lukisan yang dibaca. Oleh itu lukisan tambahan seperti lukisan keratan digunakan.
Terdapat banyak jenis lukisan keratan seperti
1. keratan penuh
2. keratan sebahagian
3. keratan ofset
4. keratan teralih
5. keratan terjajar
Bacaan seterusnya klik sini Pilih Sectioning

ASAS CAD

Sumber ini diambil dari http://www.fbe.unsw.edu.au/learning/autocad/ad2/T1/

Starting AutoCAD Alternatively, click on the AutoCAD icon in the "icon tray" at the bottom of the (Windows 95/98/NT) screen. Note that these instructions are specific to the FBE.

Start AutoCAD by clicking on the Windows Start button (bottom left), then move the mouse to Programs then CAD and Modelling then "AutoCAD Architectural Desktop 2" and click on AutoCAD Architectural Desktop 2. A dialog giving various startup options will be displayed. Select the second option: "Start from Scratch" and click OK. Despite command line interfaces being considered totally archaic the command area in AutoCAD is absolutely vital! One of the key things I'm trying to "get you to do" in these tutorials is to watch the command area! Using AutoCAD is like a conversation and AutoCAD's half of the conversation comes from the text in the command area...

Terdapat grafik dalam artikel ini yang tidak dapat disiarkan. Bacaan lanjut klik sini

PENGENALAN PERISIAN CAD

SEPINTAS LALU

Apakah perisian (software) autocad ?

Perisian autocad terdiri dari berbagai versi selaras dengan perkembangan semasa iaitu dari segi tahap penggunaannya, kemajuan sistem komputer dan juga dari maklum balas pengguna. maklum balas dari pengguna seluruh dunia telah menyebabkan autocad dimajukan dan diperbaiki dari semasa ke semasa dan terhasillah berbagai versi.
Versi perisian yang pernah saya gunakan adalah bermula dari versi r10 (release 10), r11, r12, r13, r14, 2000, 2000i, 2002 dan 2004. walaupun kini telah sampai ke versi 2008 dan mungkin akan berterusan, tetapi saya rasa sehingga hari ini saya telah selesa dengan versi 2004. pada asasnya keperluan yang saya perlukan semasa menggunakan autocad adalah sama biarpun belainan versi, cuma kemajuan semasa menyebabkan autocad telah di'up-grade' dan apa yang dilakukan adalah mempermudahkan pengguna dan menjadikan autocad lebih mesra pengguna atau dengan lebih tepat menambah arahan-arahan (command) baru dan menjadikan arahan-arahan sediada lebih efisien.
Autocad adalah satu perisian yang amat popular di dalam bidang kejuruteraan seperti kejuruteraan awam, elektrik, ukur, arkitek dan sebagainya. autocad amat membantu mereka yang terlibat dalam bidang masing-masing untuk melaksanakan kerja-kerja mereka. dalam kemajuan teknologi perkomputeran, boleh dikatakan keseluruhan bidang kejuruteraan amat memerlukan bantuan komputer dari permulaan rekabentuk (design) hinggalah ke sesuatu projek itu selesai (as-built). autocad dapat membantu memberikan data-data yang diperlukan dengan cepat dan tepat.
Terdapat berbagai perisian yang digunakan dalam bidang kejuruteraan dan autocad adalah perisian yang paling popular dan pada perkiraan saya 99% dikuasai oleh autocad. berbagai syarikat antarabangsa menghasilkan perisian mereka, tetapi kebanyakkannya menjadikan autocad sebagai perisian asas. kaedah tersebut dikenali sebagai perisian ‘add-on'. namun begitu penggunanya perlulah mahir mengendalikan perisian autocad terlebih dahulu sebelum boleh mengendalikan perisian keluaran mereka. walaupun hanya 1% sahaja yang menggunakan perisian selain autocad, tetapi pada produk terakhir, mereka masih juga (kebiasaannya) menggunakan autocad.


Sumber : http://acadhometuition.tripod.com/index.htm