Monday, June 16, 2008

PENGENALAN PERISIAN CAD

SEPINTAS LALU

Apakah perisian (software) autocad ?

Perisian autocad terdiri dari berbagai versi selaras dengan perkembangan semasa iaitu dari segi tahap penggunaannya, kemajuan sistem komputer dan juga dari maklum balas pengguna. maklum balas dari pengguna seluruh dunia telah menyebabkan autocad dimajukan dan diperbaiki dari semasa ke semasa dan terhasillah berbagai versi.
Versi perisian yang pernah saya gunakan adalah bermula dari versi r10 (release 10), r11, r12, r13, r14, 2000, 2000i, 2002 dan 2004. walaupun kini telah sampai ke versi 2008 dan mungkin akan berterusan, tetapi saya rasa sehingga hari ini saya telah selesa dengan versi 2004. pada asasnya keperluan yang saya perlukan semasa menggunakan autocad adalah sama biarpun belainan versi, cuma kemajuan semasa menyebabkan autocad telah di'up-grade' dan apa yang dilakukan adalah mempermudahkan pengguna dan menjadikan autocad lebih mesra pengguna atau dengan lebih tepat menambah arahan-arahan (command) baru dan menjadikan arahan-arahan sediada lebih efisien.
Autocad adalah satu perisian yang amat popular di dalam bidang kejuruteraan seperti kejuruteraan awam, elektrik, ukur, arkitek dan sebagainya. autocad amat membantu mereka yang terlibat dalam bidang masing-masing untuk melaksanakan kerja-kerja mereka. dalam kemajuan teknologi perkomputeran, boleh dikatakan keseluruhan bidang kejuruteraan amat memerlukan bantuan komputer dari permulaan rekabentuk (design) hinggalah ke sesuatu projek itu selesai (as-built). autocad dapat membantu memberikan data-data yang diperlukan dengan cepat dan tepat.
Terdapat berbagai perisian yang digunakan dalam bidang kejuruteraan dan autocad adalah perisian yang paling popular dan pada perkiraan saya 99% dikuasai oleh autocad. berbagai syarikat antarabangsa menghasilkan perisian mereka, tetapi kebanyakkannya menjadikan autocad sebagai perisian asas. kaedah tersebut dikenali sebagai perisian ‘add-on'. namun begitu penggunanya perlulah mahir mengendalikan perisian autocad terlebih dahulu sebelum boleh mengendalikan perisian keluaran mereka. walaupun hanya 1% sahaja yang menggunakan perisian selain autocad, tetapi pada produk terakhir, mereka masih juga (kebiasaannya) menggunakan autocad.


Sumber : http://acadhometuition.tripod.com/index.htm

No comments: